4.12.09

Muntadar pula dibaling kasut

ARKIB : 03/12/2009

(Utusan Malaysia)

PARIS 2 Dis. – Wartawan Iraq yang dipenjara kerana membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, akhirnya menerima perbuatan yang sama di Paris, semalam.

Muntadar al-Zeidi yang menyerang Bush ketika bekas Presiden AS itu melakukan lawatan perpisahan ke ibu kota Iraq pada Disember tahun lepas, kini menjadi simbol kemarahan rakyat Iraq.

Ketika dia berucap dalam satu sidang media bagi mempromosi kempennya untuk mangsa perang Iraq, seorang lelaki di kalangan tetamu telah membaling kasut ke arahnya.

Rakaman televisyen menunjukkan balingan itu hampir mengenai kepalanya, menyebabkan berlaku pergelutan di kalangan tetamu yang hadir.

Media Perancis melaporkan, penyerang tersebut adalah wartawan Iraq yang dibuang negeri dan bercakap mempertahankan dasar AS serta menuduh Zeidi menyokong pemerintahan diktator. – Reuters

No comments: