1.12.09

GHADIR, HADITH DAN CARANYA.

(Dialog Sunni Syiah di Peshawar)

Kesemua shia dan sunni ulama telah mengesahkan bahawa pada tahun ke 10 Hijrah, nabi Allah pulang dari haji terakhir, mengumpulkan semua para sahabat di Ghadir-e-Khum pada 18 Dhil-Hijja. Sebahagian dari mereka yang terdahulu telah dipanggil semula dengan arahan dari nabi dan mereka yang tertinggal dibelakang telah ditunggui. Kebanyakkan dari ulama dan ahli sejarah kamu dan juga punca dari shia memberikan jumlah 70 000 orang disana, dan sebahagian lagi dari ulama kamu, sebagai contoh, Tha’labi di dalam Tafsir, Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkirat’u- Khasa’isi’l-Umma fi Ma’rifati’l-A’imma dan yang lain telah menulis bahawa disana terdapat 120 000 orang berkumpul. Nabi mengarahkan mimbar didirikan. Dia naik keatas mimbar dan memberikan syarahan yang panjang, sebahagian besarnya mengandungi kehormatan dan kemuliaan Amirul Mukminin. Dia membacakan kebanyakkan dari ayat-ayat al-Quran yang memuji kepada Ali, dan mengingatkan manusia pada kedudukan Amirul Mukminin sebagai wazir. Kemudian nabi berkata: ‘Wahai Ummah! Tidakkah aku mempunyai tuntutan yang lebih besar dari kamu terhadap nyawa kamu?’ Rujukan di dalam ayat al-Quran, ‘Nabi mempunyai tuntutan yang lebih besar pada diri yang beriman dari mereka pada diri mereka sendiri.’ [33:6]
Kumpulan manusia menjawab dengan satu suara, menyahut, ‘Sesungguhnya, Ya Rasul Allah!,’ Kemudian nabi mengistiharkan: ‘Barang siapa saya maulanya, Ali ini adalah maulanya.’ Sesudah itu baginda mengangkat tangannya kelangit sambil berdoa kepada Allah, ‘Wahai Allah, jadilah Kamu kawan kepadanya bagi sesiapa yang berkawan dengan dia, dan jadilah musuh kepadanya, yang memusuhi dia [Ali]. Tolonglah mereka yang menolongnya dan abaikanlah mereka yang mengabaikannya.’
Kemudian khemah didirikan dengan arahan nabi, yang menyuruh Amirul Mukminin Ali duduk di dalamnya. Keseluruh ummah diarahkan untuk memberikan bai’ah kepada Ali. Nabi mengatakan, dia memberikan arahan ini dengan mengikuti perintah dari Allah. Orang pertama yang memberikan taat setianya pada hari itu adalah Umar. Kemudian Abu Bakr, Uthman, Talha dan Zubair mengikut kemudiannya, dan kesemuanya manusia kemudiannya memberikan sumpah setia mereka selama tiga hari [sedang nabi berada disitu]

Hafiz: Bolehkah kamu percaya, peristiwa yang begitu penting ini berlaku sebagaimana yang kamu katakan dan tiada siapa dari ulama yang terkenal menyatakannya?

Shirazi: Saya tidak menduga kenyataan yang sedemikian dari kamu. Peristiwa Ghadir-e-Khum adalah jelas, sejelas siangnya hari dan tiada siapa melainkan mereka yang berfikiran sempit dan amat degil sahaja yang akan meragui dan menafikan kejadian yang sedemikian. Peristiwa yang penting ini telah dirakamkan oleh semua ulama yang wara’ di dalam buku sahih mereka. Saya ingin menyatakan disini hanya sebahagian dari nama pengarang dan buku-buku mereka supaya kamu boleh mengetahui bahawa kesemua ulama kamu yang ulung telah mengatakan hadith ini:
1. Imam Fakhru’d-Din Razi - Tafsir-e-Kabir Mafatihu’l-Ghaib.
2. Imam Ahmad Tha’labi - Tafsir-e-Kashfu’l-Bayan.
3. Jalalu’d-Din Suyuti - Tafsir-e-Durru’l-Manthur.
4. Abu’l-Hasan Ali Bin Ahmad Wahidi Nishapuri - Asbabu’n- Nuzul.
5. Muhammad Bin Jarir Tabari - Tafsiru’l-Kabir.
6. Hafiz Abu Nu’aim Ispahani - Ma Nazal Mina’l-Qur’an fi Ali dan Hilyatu’l-Auliya.
7. Muhammad Bin Isma’il Bukhari - Ta’rikh, jilid 1, ms 375.
8. Muslim Bin Hajjaj Nishapuri - Sahih, jilid 2, ms 325.
9. Abu Dawud Sijistani - Sunan.
11. Hafiz Ibnu’l-Iqda - Kitabu’l-Wilaya.
12. Ibn Kathir Shafi’i Damishqi - Ta’rikh.
13. Imam Ahmad Ibn Hanbal – jilid 4, ms 281&371.
14. Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali - Sirru’l-Alamin.
15. Ibn Abdu’l-Birr - Isti’ab.
16. Muhammad Bin Talha Shafi’i - Matalibu’s-Su’ul, ms 16.
17. Ibn Maghazili Faqih Shafi’i - Manaqib.
18. Nuru’-d-Din Bin Sabbagh Maliki - Fusulu’l-Muhimma.
19. Husain Bin Mas’ud Baghawi - Masabihu’s-Sunna.
20. Abu’l-Mu’ayyid Muwafiq Bin Ahmad Khatib Khawarizmi - Manaqib.
21. Majdu’d-Din Bin Athir Muhammad Bin Muhammad Shaibani -am’u’l-Usul.
22. Hafiz Abu Abdu’r-Rahman Ahmad Bin Ali Nisa’i - Khasa’isu’l-Alawi and Sunan.
23. Sulayman Balkhi Hanafi - Yanabiu’l-Mawadda, bahagian IV.
24. Shahabu’d-din Ahmad Bin Hajar Makki - Sawa’iq Muhriqa dan Kitabu’l-Manhu’l-Malakiyya, terutama Sawa’iq, bahagian 1, ms 25. Walaupun dia begitu fanatik, dia berkata: “Hadith ini adalah benar, dimana kesahihannya tidak boleh diragukan. Sesungguhnya ia telah disampaikan oleh Tirmidhi, Nisa’i dan Ahmad, dan jika dikaji puncanya, bolehlah diterima.”
25. Muhammad Bin Yazid Hafiz Ibn Maja Qazwini - Sunan.
26. Hafiz Abu Abdullah Muhammad Bin Abdullah Hakim Nishapuri-Mustadrak.
27. Hafiz Sulayman Ibn Ahmad Tabrani - Ausat.
28. Ibn Athir Jazari - Usudu’l-Ghaiba.
29. Yusuf Sibt Ibn Jauzi - Tadhkiratu’l-Khasa’isu’l-Umma, ms 17.
30. Abu Umar Ahmad Bin Abd Rabbih - Iqdu’l-Farid.
31. Allama Samhudi - Jawahiru’l-Iqdain.
32. Ibn Taimiyya Ahmad Bin Abdu’l-Halim - Minhaju’s-Sunna.
33. Ibn Hajar Asqalani - Fathu’l-Bari and Tahdhibu’t-Tahdhib.
34. Abdu’l-Qasim Muhammad Bin Umar Jarullah Zamakhshari - Rabiu’l-Abrar.
35. Abu Sa’id Sijistani - Kitabu’d-Darayab Fi hadithi’l-Wilaya.
36. Ubaidullah Bin Abdullah Haskani - Du’atu’l-Huda Ila Ada Haqqi’l-Muwala.
37. Razin Bin Mu’awiya Al-Abdari - Jam Bainu’s-Sahihi’s-Sitta.
38. Imam Fakhru’d-din Razi berkata di dalam Kitabu’l-Arba’in bahawa seluruh ummah sebulat suara mengesahkan hadith ini.
39. Muqibili - hadithu’l-Mutawatira.
40. Suyuti - Ta’rikhu’l-Khulafa.
41. Mir Seyyed Ali Hamadani - Mawaddatu’l-Qurba.
42. Abul Fath Nazari - Khasa’es’u’l-Alavi
43. Khwaja Parsa Bukhari - Faslu’l-Khitab
44. Jamaluddin Shirazi - Kitabu’l-Araba’in
45. Abdul Ra’ufu’l-Manavi - Faizu’l-Qadir fi Sharh-i-Jame’u’s-Saghir
46. Muhammad bin Yusuf Ganji Shafi’i - Kifayatu’t-Talib, bahagian 1
47. Yahya Bin Sharaf-Nauvi - Tehzibu’l-Asma wa’l-Lughat
48. Ibrahim bin Muhammad Hamwaini - Fara’adu’s-Simtoun
49. Qazi Fazlullah bin Ruzhahan - Ibtalu’l-Batil
50. Shamsuddin Muhammad bin Ahmad Sharbini - Siraju’l-Munir
51. Abul Fath Shahristani Shafi’i - Milal wa’n-Nihal
52. Hafiz Abu Bakr Khatib Baghdadi - Tarikh
53. Hafiz Ibn Asakir abul Qasim Damishqi - Tarikh-i-Kabir
54. Ibn Abi’l-Hadid Mutazali - Sharhe Nahju’l-Balagha
55. Ala’uddin Samnani -Urwatu’l-Wuthqah
56. Ibn Khaldun - Muqaddima
57. Molvi Ali Muttaqi Hindi - Kanzu’l-Ummal
58. Shamsuddin Abul Khair Damishqi - Asnu Matalib
59. Syed Sharif Hanafi Jurjani - Sharh-i-Mawaqit
60. Nizamuddin Nishapuri - Tafsir-i-Ghara’ibu’l-Qur’an

HADITH GHADIR DISAMPAIKAN OLEH TABARI, IBN IQDA DAN IBN HADDID.
Saya telah nyatakan puncanya yang saya boleh ingat. Tetapi lebih dari 300 ulama kamu yang terkenal telah menyatakan hadith Ghadir, Ayat Baligh [mengajar], Kamalud-Din [kesempurnaan agama], dan percakapan dikawasan masjid, dengan pengesahan lebih dari 100 orang sahabat nabi. Jika saya menyatakan kesemua nama mereka yang menyampaikannya, ia akan memenuhi sebuah buku. Setakat ini saya rasa telah mencukupi untuk membuktikan bahawa hadith ini diterima sebagai benar.
Sebahagian dari ulama kamu telah menulis buku pada tajuk ini. Sebagai contoh, pengulas dan ahli sejarah yang termashor pada abad keempat Hijarah, Abu Jafar bin Jarir Tabari [mati 310 Hijrah], memberikan dengan mendalam hadith Ghadir di dalam bukunya Kitabul-Wilaya dan telah menyampaikan melalui 75 rantaian penyampai.
Hafiz Abu’l-Abbas Ahmad Bin Sa’id Abdu’r-Rahman Al-Kufi, terkenal sebagai Ibn Iqba [mati 333 Hijrah] telah menyampaikan hadith ini di dalam bukunya Kitabul-Wilaya melalui 125 rantaian dengan disahkan oleh 125 orang para sahabat nabi.
Ibn Haddad Hafiz Abu’l-Qasim Haskani [mati 492 Hijrah] di dalam bukunya Kitabul-Wilaya, telah menyampaikan dengan mendalam kejadian Ghadir bersama dengan ayat al-Quran yang diwahyukan. Secara ringkas semua ulama dan ilmuan yang berkedudukan tinggi [melainkan sebilangan kecil fanatik] telah menyebutkan hadith ini dari nabi, yang telah mengistiharkan Ali sebagai wazirnya pada 18 Dhul-Hijja pada tahun Haji terakhir. Ianya juga adalah satu fakta bahawa khalifa Umar adalah diantara sahabat yang pertama untuk menyatakan kegembiraannya pada peristiwa ini. Mengambil tangan Ali, dia berkata: ‘Tahniah kepada mu Ali! Pagi ini telah membawa rahmat yang besar pada mu. Kamu telah menjadi maula ku dan maula bagi semua yang beriman lelaki dan wanita.’

NASIHAT JIBRIL KEPADA UMAR.
Ahli fiqah Shafii, Mir Seyyed Ali Hamadani, dari abad ke 8 Hijrah, seorang ilmuan yang boleh dipercayai dari golongan kamu, menulis di dalam bukunya Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda V, behawa sebilangan besar sahabat telah menyebutnya dari khalifa Umar di berbagai tempat, sebagai telah berkata: ‘Nabi telah menjadikan Ali ketua, Ketua dan pemimpin bagi ummah. Dia mengistiharkan di dalam perhimpunan umum bahawa Ali adalah maula kita. Setelah mendoakan untuk kawannya dan mengutuk musuhnya, dia berkata Wahai Allah! [Iaitu, saya telah selesaikan tugas sebagai nabi] Pada peristiwa ini seorang muda yang kacak dan harum baunya sedang duduk disebelahku. Dia berkata kepadaku, ‘Sesungguhnya, Nabi Allah telah mengikatkan dengan perjanjian yang mana tiada siapa melainkan si hipokrit yang akan melanggarnya. Maka Umar! Jagalah dari melanggarnya.'’ Saya memberitahu nabi Allah bahawa apabila dia sedang berucap pada orang ramai, seorang muda yang kacak, dan harum yang duduk disebelah saya telah mengatakan yang sedemikian kepada saya. Nabi berkata: ‘Dia bukan dari keturunan Adam, dia adalah Jibril [yang menyerupai] Dia hendak menekankan pada maksud yang saya telah hebahkan mengenai Ali.’
Sekarang saya ingin mencari keadilan dari kamu, adakah wajar bagi mereka untuk melanggar perjanjian yang utuh dengan nabi Allah dalam tempuh dua bulan, iaitu melanggar perjanjian yang telah diberkan kapada Ali, membakar rumahnya, menghunuskan pedang kepadanya, memalukannya, mengheretnya kemasjid dan memaksakan bai’ah keatannya?

Hafiz: Saya tidak menjangkakan orang yang dihormati dan seorang Seyyed seperti kamu akan menyifatkan sahabat nabi bagi keduniaan. Nabi mengistiharkan mereka sebagai petunjuk kepada ummah apabila dia mengatakan: ‘Sahabat saya adalah umpama bintang; jika kamu mengikuti mana-mana satu dari mereka, kamu akam mendapat petunjuk.’

HADITH PADA ‘MENGIKUTI SAHABAT’ TIDAK SAHIH.
Shirazi: Pertama saya lebih suka jika kamu tidak mengulang-ulangi perkara yang sama. Kamu baru saja berhujah dari hadith yang sama dan saya telah memberikan jawapannya. Para sahabat, adalah seperti mereka yang lainnya, tidak ma’sum. Jika telah terbukti bahawa mereka tidak ma’sum, mengapa hendak dihairankan, dengan adanya bukti yang nyata, keduniaan itu disifatkan kepada mereka?
Kedua; supaya dapat membersihkan fikiran kamu, saya sekali lagi akan menjawabnya, supaya kamu tidak akan bergantung pada hadith yang sedemikian lagi dimasa yang akan datang. Menurut dari penyelidikkan ulama kamu yang terkenal bahawa hadith ini tidak boleh dipercayai, sebagaimana saya nyatakan terdahulu. Qazi Ayaz Maliki menyebut dari ulama kamu yang terkenal bahawa penyampai hadith ini termasuk nama orang yang jahil seperti Harith bin Qazwin dan Hamza bin Abi Hamza Nasibi, yang telah didapati sebagai pendusta, hadith ini tiada nilai pada menyebutnya.
Juga Qazi Ayaz di dalam Sharh-e-Shifa dan Baihaqi di dalam Kitab, telah mengistiharkan hadith ini sebagai palsu dan telah menganggap puncanya sebagai tidak boleh dipercayai.

SEBAHAGIAN SAHABAT ADALAH HAMBA KEPADA NAFSUNYA DAN BERPALING DARI KEBENARAN.
Ketiga saya tidak pernah mengatakan sesuatu yang tidak sopan, saya hanya mengatakan apa yang telah ditulis oleh ulama kamu. Saya nasihatkan kamu supaya membaca Fazil Taftazani’s Sharh-e-Maqasid, yang mana dia menyatakan dengan jelas bahawa terdapat banyak ketika dimana diantara para sahabat bermusuhan, ini telah menunjukkan bahawa sebahagian dari mereka telah menjadi keji dan zalim. Maka pada kami manusia tidak perlu dihormati hanya kerana mereka sahabat nabi. Kehormatan yang sebenarnya terletak pada amalan dan peribadi mereka. Jika mereka tidak tergolong di dalam hipokrit tetapi sebaliknya yang patuh dan taat kepada nabi, mereka tentulah dimuliakan dan dihormati. Kami akan meletakkan debu dikaki mereka pada mata kami.
Maka, kamu orang-orang yang adil, adakah kamu mengatakan bahawa banyak hadith di dalam buku kamu yang dipercayai mengenai memerangi Amirul Mukminin Ali [sebagai contoh yang nabi katakan: ‘memerangi Ali adalah memerangi aku.’] adalah semuanya tidak berasas? Atau adakah kamu mengaku bahawa hadith ini benar sahih?
Adakah tidak ianya dirakamkan dengan punca yang dipercayai oleh ulama kamu yang terkenal. Kita tidak perlu menyatakan bahawa hadith ini telah dirakamkan oleh ulama shia dengan penerimaan semua, di dalam semua buku mereka. Jika kamu terima hadith ini, kamu hendaklah mengakui bahawa ramai sahabat adalah pelampau dan keji, sebagaimana Muawiya, Amar ibn As, Abu Huraira, Samra bin Jundab, Talha, Zubair; kesemua mereka bangun menentang Ali, yang sebenarnya mereka telah bangun menentang nabi sendiri.
Dan oleh kerana mereka menentang nabi, maka pastinya mereka telah menyimpang dari jalan yang benar. Dari itu jika kami katakan bahawa sebahagian dari para sahabat adalah hamba kepada nafsunya, kami tidaklah salah, kerana apa yang kami katakan adalah benar. Selain itu bukan kami sahaja yang mengatakan sebahagian sahabat adalah kaji, zalim dan pelampau. Kami asaskan pendirian kami dari pengesahan ulama agung kamu.

PANDANGAN IMAM GHAZALI MENGENAI SAHABAT YANG MELANGGAR BAI’AH YANG DIBUAT PADA HARI GHADIR-E-KHUM.
Jika kamu selidiki Sirru’l-Alamin, disusun oleh Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Ghazali Tusi, kamu tidak akan membantah kepada apa yang saya katakan. Saya bagaimanapun terpaksa menyebutkan sebahagian dari kenyataannya yang keempat di dalam menyokong kenyataan saya. Dia mengatakan: ‘Bukti dan hujah menjadi jelas, dan terdapat sebulat suara penerimaan diantara muslim mengenai teks pada ucapan di hari Ghadir-e-khum, bahawa nabi berkata: ‘Sesiapa sahaja saya maulanya, Ali adalah maulanya.’ Kemudian Umar terus berkata, ‘Tahniah kepadamu, tahniah kepadamu, Wahai Abu Hasan! Kamu adalah ketua aku dan juga ketua bagi yang beriman lelaki dan wanita.’
Tahniah serupa ini dengan jelas menunjukkan pada pengesahan arahan dari nabi, dan penerimaan ketua dan pemimpinnya Ali. Tetapi kemudian mereka telah dikalahkan oleh kehendak dunia mereka. Cinta kepada kuasa dan pemerintahan telah menghalang mereka dari taat. Mereka melantik bagi diri mereka khalifa di saqifa-e-bani-Saada. Mereka hendak menaikkan bendera kekuasaan mereka dan menakluk wilayah supaya nama mereka akan dikekalkan dalam sejarah. Mereka telah mabuk dengan nafsu untuk berkuasa. Mereka mengabaikan perintah al-Quran, dan juga arahan nabi. Mereka menjual agama untuk dunia. Apakah jenis perniagaan yang mereka lakukan dengan Allah.
Apabila nabi diranjang kematiannya, dia meminta pena dan dakwat supaya dia dapat memperjelaskan isu penggantinya. [Semoga Allah mengampunkan saya kerana mengatakannya], tetapi Umar berkata, ‘Tinggalkan orang ini. Dia berkata yang bukan-bukan.’ Maka apabila al-Quran dan hadith tidak boleh menolong mereka, justru itu mereka bergantung kepada ijma. Tetapi ini juga batal, kerana Abbas, dan keturunannya, Ali serta isterinya dan juga keturunan mereka tidak bersama dengan mereka yang memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Begitu juga, orang-orang saqifa menolak bai’ah kepada Kharaji, dan puak Ansar menolak mereka juga.
Hadirin yang dihormati, silalah ingat, shia tidak mengatakan apa-apa, melainkan apa yang ulama kamu telah nyatakan. Tetapi oleh kerana kamu benci kepada kami, kamu cuba mencari kesalahan dari apa yang kami katakan, walau bagaimana manasabah sekalipun. Kamu tidak pernah mengkritik ulama kamu, bahawasanya mengapa mereka menulis perkara yang sedemikian, dan walaupun mereka telah dedahkan apa yang sebenar dan mengesahkan semuanya pada lembaran buku sejarah.

No comments: