26.8.09

ADA APA DENGAN FACEBOOK?

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga
Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York ?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah
menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa
Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008,iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah
Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara,
Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?

Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi
pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai
alumni AEPi yang masyhur namanya
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui
Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti
AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?

Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

10.8.09

MOUSAVI DITUDUH "DALANG" PIHAK BARAT


Seorang penggubal undang-undang tersohor telah menuduh pihak yg berkempen untuk calon presiden Iran yang kalah dalam pilihanraya baru-baru ini, Mir-Hossein Mousavi, sebagai dalang yang 'membuka pintu' kemasukan agen-agen asing ke Iran.

Ali-Asghar Zarei, seorang ahli parlimen senior & penasihat kepada presiden yang baru dilantik semula, Mahmoud Ahmadinejad, menyatakan bahawa kem Mousavi telah tanpa disedari menyokong penglibatan perisik asing sebelum & selepas pilihanraya 12 Jun yang lalu.

“Maklumat perisikan kita telah menyatakan kem Mousavi bukan sahaja telah meletakkan batu asas kepada satu rampasan kuasa, tetapi juga telah memberikan 'sokongan penuh' kepada agen-agen perisikan asing di Iran”ujar beliau.

Zarei menegaskan bahawa Mousavi & rakan-rakan beliau sedar akan kemunculan agen-agen asing dalam kem pilihanraya mereka. “Mereka sedar akan bahaya ini tetapi mereka langsung tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menghalang mereka ini"

Pada satu ketika, Zarei juga menuduh mantan Perdana Menteri Iran itu bekerjasama dengan media Barat untuk menimbulkan syak wasangka & ragu-ragu terhadap kesahihan sistem pembuangan undi pilihanraya lalu.

“Tanpa bantuan daripada media-media asing seperti BBC & VOA (Voice of America), Mousavi tidak akan dapat menyebarkan khabar-khabar angin tidak berasas tentang perjalanan pilihanraya"jelas beliau

Selanjutnya beliau turut menuduh Mousavi telah menyelaraskan usaha-usaha beliau dengan kedutaan asing di Tehran, khasnya Britain."Jika tidak kerana tawaran yang dihulurkan oleh Mousavi, tidak mungkin diplomat-diplomat British dapat campur tangan dalam urusan pemilihan baru-baru ini.”

Namun begitu, Qorban Behzadian-Nejad, Ketua Ibupejabat kempen Mousavi menafikan tuduhan-tuduhan tersebut dengan menyatakannya "karut".

“Kami telah menyatakan sebelum ini dan ingin kami tegaskan sekali lagi bahawa tidak pernah ada sebarang pertemuan antara pihak kami (Mousavi) dengan kedutaan asing" kata beliau.

Ratusan ribu rakyat Iran telah turun membanjiri jalan-jalan di Tehran menyambut kemenangan Presiden Ahmadinejad dengan majoriti dua pertiga, kemenangan yang disangkal oleh lawan beliau dengan tuduhan berlaku "penipuan".

Iran menyalahkan campurtangan Barat dalam tragedi protes pasca-pilihanraya, khususnya Britain, yang bertanggungjawab menyalakan api keganasan & keadaan huru-hara.