21.2.09

AMANAT POLITIK IMAM KHOMEINI AKAN DITERBITKAN DI GREEECE

Athens, 21 Feb - Amanat politik tinggalan Almarhum Imam Khomeini, pemuka Revolusi Islam 1979, telah diterjemahkan ke dalam bahasa Greek oleh Pejabat Kebudayaan Iran di negara tersebut.


Amanat itu yang antara lainnya mengandungi garis panduan Almarhum Imam telah dicetak sebanyak 2,000 salinan sebagai sebahagian daripada program menyambut ulangtahun ke-30 Revolusi Islam Iran oleh kedutaan republik Islam itu di Greece.

Atase Kebudayaan Iran di negara tersebut, Touba Kermani memberitahu IRNA bahawa Pejabat Kebudayaan telah memutuskan untuk menerbitkan beberapa lagi hasil tulisan beliau yang antaranya menyentuh tentang gaya hidup & sudut pandangan serta artikel-artikel beliau kepada masyarakat Greece.

Buku beliau yang bertajuk ‘Tradition of Vigilance’ telah pun diterjemahkan ke bahasa Greek dan menunggu masa untuk dicetak.

15.2.09

WARTAWAN ASING DIPERKENALKAN DENGAN PENCAPAIAN TEKNOLOGI IRAN


Tehran, 15 Feb – Sebilangan wartawan asing wanita yang baru-baru ini mengadakan lawatan ke Iran bersempena sambutan ulangtahun ke 30 Revolusi Islam, telah diraikan dalam satu pertemuan yang telah diatur oleh Kementerian Luar & Badan Kebudayaan Islam & Komunikasi. Pertemuan tersebut bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar & meuar-uarkan pencapaian Republik Islam Iran era pasca Revolusi. Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh sebilangan tokoh-tokoh wanita Iran yang terbabit dalam pengurusan peringkat tertinggi di kementerian-kementerian & agensi kerajaan.

Wanita-wanita Iran ini menggariskan skop & bidang aktiviti yang telah dilakukan sepanjang tiga dekad selepas Revolusi 1979 dan menekankan kecemerlangan kaum wanita dari perspektif sosial, ekonomi,politik, akademik, sukan & sains.

Turut diutarakan ialah keterlibatan kaum wanita pada tahap yang membanggakan dalam arena sosial seperti organisasi bukan kerajaan (NGO) di mana menurut mereka, adalah terhasil daripada tarbiyah ilmu-ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwa masyarakat & menjadi keutamaan pemerintah republik itu.

Kumpulan wartawan wanita itu yang terdiri daripada koresponden, wartawan akhbar & editor dari UK, Indonesia, Algeria, Kuwait, Afrika Selatan, India, Croatia, Tajikistan, Kenya, Malaysia & Jepun itu telah dibawa untuk bersemuka dengan pelbagai lapisan pengurusan & sektor-sektor yang wujud seperti IRIB (Islamic Republic of Iran Broadcasting), pusat-pusat akademik termasuk pusat penyelidikan.

(Sumber : IRNA)

IRAN TIDAK PERNAH MENGHASILKAN BOM ATOM : ELBARADEI


Algiers, Feb 15 – Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohammad El-Baradei berkata walaupun Iran berpotensi tinggi & berkemampuan dalam bidang teknologi nuklear, namun begitu mereka tidak pernah menghasilkan bom atom. Beliau menegaskan demikian ketika berucap dalam seminar di Cairo-American University.

Berkenaan khabar angin yang menggembar-gemburkan tentang serangan terhadap fasiliti nuklear Iran, beliau berkata, “Jikalau sebuah janakuasa nuklear Iran dimusnahkan, mereka (rakyat Iran) akan membina fasiliti yang baru."

Berkaitan dengan pengaruh Iran yang semakin meluas di rantau Asia Barat & Asia Tengah, beliau mengatakan Barat tidak boleh mengamalkan dasar 'ikut telunjuk' kepada negara ini.

Ketua pemerhati PBB ini menegaskan sekali lagi bahawa isu antara Iran-Barat(Amerika) & isu antara Iran-Negara Arab harus ditangani melalui sudut pandangan berbeza.

(Sumber : IRNA)

9.2.09

HONG KONG BERMINAT ERATKAN HUBUNGAN DENGAN IRAN

Beijing, 8 Feb - Ketua Eksekutif & pemerintah kerajaan SAR (Special Administrative Region- Wilayah Pentadbiran Khas) Hong Kong telah melaporkan kepada Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA) bahawa Hong Kong berminat untuk mengembangkan lagi hubungan dua halanya dengan Iran. Hajat itu disampaikan oleh Donald Tsang sewaktu beliau menghadiri upacara ulang tahun ke-30 Revolusi Islam yang telah diadakan di Konsulat Iran di wilayah pentadbiran khas China itu.


Merujuk kepada sejarah hubungan antara Hong Kong & Tehran itu, Tsang menyatakan bahawa kunjungan rasmi delegasi Hong Kong baru-baru ini merupakan langkah awal ke arah kerjasama yang lebih baik.

Seterusnya, beliau menyampaikan ucapan tahniah ke atas Republik Islam Iran bersempena dengan ulangtahun ke-30 revolusi pimpinan Almarhum Ayatollah Khomeini pada tahun 1979 itu.

Konsul Iran di Hong Kong, Abdollah Nekounam telah menggariskan pencapaian cemerlang Iran dalam bidang-bidang saintifik, ekonomi & politik,di samping program nuklear & kejuruteraan yang bertitik tolak daripada kejayaan Revolusi tahun 1979 tersebut.

Majlis memperingati ulangtahun tersebut dihadiri oleh tokoh-tokoh ekonomi & politik Hong Kong, para diplomat, cendiakawan & tokoh pendidikan, golongan peniaga, pengamal media serta rakyat Iran yang menetap di pulau tersebut.

(sumber : IRNA)