3.12.09

Iran janji hukuman yang setimpal

(Kosmo)


GAMBAR fail menunjukkan kapal layar yang dinaiki oleh lima kelasi Britain.


TEHERAN - Iran menyatakan semalam bahawa lima kelasi kapal yang ditahan di selatan perairan Teluk oleh anggota-anggota pasukan keselamatan akan diberi hukuman sewajarnya jika didapati mempunyai niat buruk.

Lima lelaki itu yang menaiki sebuah kapal layar sepanjang 18 meter ditahan pada minggu lalu oleh Pasukan Pengawal Revolusi.

Esfandiar Rahim Mashaie iaitu Ketua Staf Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menyatakan cara untuk menyelesaikan kes rakyat Britain itu akan diputuskan oleh pihak mahkamah.

"Jika orang itu (kelasi Britain tersebut) terbukti mempunyai niat buruk, mereka akan dilayan dengan serius dan sewajarnya," katanya.

Beliau menyatakan, pada masa lalu Iran telah menyelesaikan isu kemasukan haram orang asing ke negara tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Luar Britain, David Miliband menyatakan tidak ada persoalan berhubung niat jahat kelasi itu.

Menurutnya, lima kelasi itu tidak bersalah dan diharapkan satu penyelesaian segera perlu dilakukan. - AFP

No comments: