8.7.09

PERKEMBANGAN DI IRAN

Mantan presiden Mohammad Khatami beserta dua orang calon kerusi Presiden Iran yg tewas - Mir-Hossein Mousavi & Mehdi Karroubi menggesa pembebasan mereka yg ditahan ekoran demonstrasi pasca-pilihanraya baru-baru ini.

Mousavi & Karroubi, yang masih berpendirian menolak keputusan pilihanraya Presiden baru-baru ini,telah bertemu dengan Reformis veteran & bekas Presiden iaitu Sayyid Muhammad Khatami Isnin lepas untuk membincangkan perkembangan terbaru pasca-pilihanraya, sepertimana dilaporkan oleh Ghalamnews.

Sewaktu pertemuan tersebut, mereka sepakat menyatakan bahawa 'gelombang penahanan besar-besaran' harus dihentikan serta-merta, dan kesemua yang ditahan mesti dibebaskan tanpa sebarang syarat.

Ketiga-tiga orang figura pembangkang ini juga menyeru agar situasi 'keselamatan melampau' dihentikan dengan kadar segera, sambil memberi amaran bahawa penerusan dasar ini aklan membuka peluang kepada politikus-politikus ekstrim untuk mengembangkan pengaruh mereka.

Mousavi, Karroubi & Khatami juga telah melantik wakil-wakil mereka untuk menyegerakan hasrat pembebasan tahanan-tahanan politik tersebut.

Mousavi & Karroubi membantah kemenangan mahoriti 2/3 Mahmoud Ahmadinejad pada pilihanraya 12 Jun lalu dengan menegaskan bahawa berlaku penipuan & memohon untuk diadakan pemilihan semula.

Penyokong kuat Mousavi mengadakan demonstrasi jalanan sebagai langkah memprotes keputusan pilihanraya tersebut. Natijahnya, setakat ini rusuhan tersebut telah mengorbankan kira-kira 20 orang rakyat.

Dalam ketegangan tersebut, pasukan keselamatan Republik Islam Iran telah menahan ratusan perusuh. Menurut kenyataan dariapda Ketua Polis Iran Brigadier-Jeneral Esmail Ahmadi-Moqaddam, dua pertiga daripada mereka yg ditahan telah dibebaskan "dengan & tanpa jaminan"

Sebilangan tokoh-tokoh politik terkemuka termasuk Mohammad-Ali Abtahi, Behzad Nabavi & Saeed Hajjarian turut ditahan dalam kejadian pasca-pilihanraya tersebut.