3.12.09

Iran bebas 5 pelayar British

(Berita Harian)


TEHRAN: Lima pelayar British yang ditahan di Teluk Parsi minggu lalu oleh Pengawal Revolusi Iran dibebaskan hari ini selepas didapati mereka tidak sengaja menceroboh perairan negara itu.

“Lima warga Britain yang memasuki perairan Iran secara haram dan ditahan berhampiran Pulau Siri sudah dibebaskan beberapa jam lalu," kata Pengawal Revolusi dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita Fars.

Kementerian Luar British pula menyatakan Iran mengesahkan pembebasan pelayar terbabit.

“Kementerian Luar Iran mengesahkan lima pelayar terbabit sudah dibebaskan," kata seorang jurucakap kementerian itu di London.


Pengawal Revolusi berkata, lima pelayar terbabit disoal siasat dan "selepas siasatan, jelas kemasukan mereka secara haram itu tidak disengajakan."

“Lima warga Britain itu dibebaskan sejam lalu," menurut kenyataan Pengawal Revolusi yang disiarkan kira-kira jam 9 pagi (0530 GMT) tadi.

Pelayar terbabit ditahan sejak 25 November lalu. - AFP

No comments: