8.5.09

RUNNA - KERETA BUATAN IRAN


Iran Khodro Company (IKCO) telah melancarkan kereta ketiga buatan sepenuhnya Republik Islam Iran, Runna,dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan selain daripada pegawai & pengurusan daripada industri automotif.

Kereta bersaiz kompak tersebut telah direkabentuk sepenuhnya oleh anak tempatan hasil kerjasama dengan sebuah syarikat gergasi permotoran. Dijangka kereta tersebut mampu dimiliki oleh rakyat, akan menembusi pasaran pada bulan Mac 2010.

Pembina kenderaan terbabit menyatakan bahawa 'Runna' memenuhi kehendak piawaian Euro IV & V yang bersangkutan dengan indeks pencemaran udara & kehendak piawaian Impak Keselamatan Pejalan Kaki.

Runna dilengkapi dengan enjin berkuasa 1.6-liter, beg udara SRS, anti-lock braking system (ABS) dengan EBA & EBD, stereng kuasa & tingkap kuasa.

Pengilang kenderaan kedua terbesar di Iran, SAIPA telah mempamerkan kenderaan awam kedua, 'Miniature', dalam satu upacara tanggal 18 April lepas yang turut dihadiri oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

diterjemah secara bebas dari http://www.presstv.ir/detail.aspx?id=91873...ionid=351020102

No comments: