15.2.09

WARTAWAN ASING DIPERKENALKAN DENGAN PENCAPAIAN TEKNOLOGI IRAN


Tehran, 15 Feb – Sebilangan wartawan asing wanita yang baru-baru ini mengadakan lawatan ke Iran bersempena sambutan ulangtahun ke 30 Revolusi Islam, telah diraikan dalam satu pertemuan yang telah diatur oleh Kementerian Luar & Badan Kebudayaan Islam & Komunikasi. Pertemuan tersebut bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar & meuar-uarkan pencapaian Republik Islam Iran era pasca Revolusi. Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh sebilangan tokoh-tokoh wanita Iran yang terbabit dalam pengurusan peringkat tertinggi di kementerian-kementerian & agensi kerajaan.

Wanita-wanita Iran ini menggariskan skop & bidang aktiviti yang telah dilakukan sepanjang tiga dekad selepas Revolusi 1979 dan menekankan kecemerlangan kaum wanita dari perspektif sosial, ekonomi,politik, akademik, sukan & sains.

Turut diutarakan ialah keterlibatan kaum wanita pada tahap yang membanggakan dalam arena sosial seperti organisasi bukan kerajaan (NGO) di mana menurut mereka, adalah terhasil daripada tarbiyah ilmu-ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwa masyarakat & menjadi keutamaan pemerintah republik itu.

Kumpulan wartawan wanita itu yang terdiri daripada koresponden, wartawan akhbar & editor dari UK, Indonesia, Algeria, Kuwait, Afrika Selatan, India, Croatia, Tajikistan, Kenya, Malaysia & Jepun itu telah dibawa untuk bersemuka dengan pelbagai lapisan pengurusan & sektor-sektor yang wujud seperti IRIB (Islamic Republic of Iran Broadcasting), pusat-pusat akademik termasuk pusat penyelidikan.

(Sumber : IRNA)

No comments: