9.2.09

HONG KONG BERMINAT ERATKAN HUBUNGAN DENGAN IRAN

Beijing, 8 Feb - Ketua Eksekutif & pemerintah kerajaan SAR (Special Administrative Region- Wilayah Pentadbiran Khas) Hong Kong telah melaporkan kepada Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA) bahawa Hong Kong berminat untuk mengembangkan lagi hubungan dua halanya dengan Iran. Hajat itu disampaikan oleh Donald Tsang sewaktu beliau menghadiri upacara ulang tahun ke-30 Revolusi Islam yang telah diadakan di Konsulat Iran di wilayah pentadbiran khas China itu.


Merujuk kepada sejarah hubungan antara Hong Kong & Tehran itu, Tsang menyatakan bahawa kunjungan rasmi delegasi Hong Kong baru-baru ini merupakan langkah awal ke arah kerjasama yang lebih baik.

Seterusnya, beliau menyampaikan ucapan tahniah ke atas Republik Islam Iran bersempena dengan ulangtahun ke-30 revolusi pimpinan Almarhum Ayatollah Khomeini pada tahun 1979 itu.

Konsul Iran di Hong Kong, Abdollah Nekounam telah menggariskan pencapaian cemerlang Iran dalam bidang-bidang saintifik, ekonomi & politik,di samping program nuklear & kejuruteraan yang bertitik tolak daripada kejayaan Revolusi tahun 1979 tersebut.

Majlis memperingati ulangtahun tersebut dihadiri oleh tokoh-tokoh ekonomi & politik Hong Kong, para diplomat, cendiakawan & tokoh pendidikan, golongan peniaga, pengamal media serta rakyat Iran yang menetap di pulau tersebut.

(sumber : IRNA)

No comments: