29.11.09

PUP rayu bantu bebas bumi Palestin, Masjid Aqsa

(Harian Metro)



PERHIMPUNAN Ulama Palestin (PUP) merayu rakyat negara ini memberi bantuan dan sokongan moral bagi membebaskan bumi Palestin dan Masjid Aqsa daripada cengkaman regim Yahudi.

Wakilnya, Ahmad Ziyad al-Kishawi, berkata pihaknya memerlukan bantuan material dan moral bagi meningkatkan perjuangan mujahidin dari serangan Israel.

Beliau berkata, Palestin dengan penduduk berjumlah kira-kira sejuta orang sering dihujani roket dan peluru berpandu.


"Kami perlukan bantuan dan sokongan masyarakat Islam di seluruh dunia. Bumi Palestin dan Masjid Aqsa adalah wakaf bagi umat Islam seluruh dunia.

"Oleh itu, umat Islam mesti bersatu mempertahankan penjajahan ke atas bumi Palestin dan masjid al-Aqsa yang mempunyai sejarah penting dalam perkembangan Islam," katanya selepas majlis tazkirah di Surau as-Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, baru-baru ini.

Kunjungannya ke Malaysia selama lima hari dengan kerjasama Perhimpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia ( Haluan), ditemani jurucakap pelajar Indonesia yang menuntut di Damsyik, Mahmud Yunus.

Ahmad Ziyad berkata, senjata pejuang Palestin tidak secanggih tentera Yahudi yang mendapat bekalan dari Amerika Syarikat dan negara bersekutu, cuma takwa dan iman kepada Allah penyeru sekelian alam.

"Kanak-kanak Palestin dilatih bermain senjata bagi mengasah kepimpinan mereka terhadap perjuangan membebaskan negara dan agama dari musuh Islam.

"Mereka turut diperkukuhkan dengan kekuatan iman dan takwa menerusi pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan hadis. Mereka pejuang kental dan berani mati.

"Dalam tahun ini saja pertubuhan kami melahirkan 15,000 hafiz al-Quran yang menjadi benteng serangan kaum Yahudi.

"Kaum wanita kami turut memainkan peranan termasuk mencipta bom syahid bagi menghapuskan musuh," katanya.

Menurutnya, tentera regim Yahudi sudah memusnahkan lebih 60 masjid selain mengorbankan ratusan rakyat Palestin.

"Seluruh wanita kami rela mengorbankan suami, anak dan harta benda bagi mempertahankan Palestin dan Masjid al-Aqsa.

"Kami harap umat Islam di Malaysia mengukuhkan kekuatan jihad menerusi cara dituntut Islam," katanya.

Ahmad Faisal berkata, orang ramai yang berminat memberi sumbangan melalui Akaun Tabung Palestin Haluan di bank BIMB (No 14023010034292), Maybank (No 564490208528) atau menghubunginya di talian 016-2381395.

No comments: