10.8.09

MOUSAVI DITUDUH "DALANG" PIHAK BARAT


Seorang penggubal undang-undang tersohor telah menuduh pihak yg berkempen untuk calon presiden Iran yang kalah dalam pilihanraya baru-baru ini, Mir-Hossein Mousavi, sebagai dalang yang 'membuka pintu' kemasukan agen-agen asing ke Iran.

Ali-Asghar Zarei, seorang ahli parlimen senior & penasihat kepada presiden yang baru dilantik semula, Mahmoud Ahmadinejad, menyatakan bahawa kem Mousavi telah tanpa disedari menyokong penglibatan perisik asing sebelum & selepas pilihanraya 12 Jun yang lalu.

“Maklumat perisikan kita telah menyatakan kem Mousavi bukan sahaja telah meletakkan batu asas kepada satu rampasan kuasa, tetapi juga telah memberikan 'sokongan penuh' kepada agen-agen perisikan asing di Iran”ujar beliau.

Zarei menegaskan bahawa Mousavi & rakan-rakan beliau sedar akan kemunculan agen-agen asing dalam kem pilihanraya mereka. “Mereka sedar akan bahaya ini tetapi mereka langsung tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menghalang mereka ini"

Pada satu ketika, Zarei juga menuduh mantan Perdana Menteri Iran itu bekerjasama dengan media Barat untuk menimbulkan syak wasangka & ragu-ragu terhadap kesahihan sistem pembuangan undi pilihanraya lalu.

“Tanpa bantuan daripada media-media asing seperti BBC & VOA (Voice of America), Mousavi tidak akan dapat menyebarkan khabar-khabar angin tidak berasas tentang perjalanan pilihanraya"jelas beliau

Selanjutnya beliau turut menuduh Mousavi telah menyelaraskan usaha-usaha beliau dengan kedutaan asing di Tehran, khasnya Britain."Jika tidak kerana tawaran yang dihulurkan oleh Mousavi, tidak mungkin diplomat-diplomat British dapat campur tangan dalam urusan pemilihan baru-baru ini.”

Namun begitu, Qorban Behzadian-Nejad, Ketua Ibupejabat kempen Mousavi menafikan tuduhan-tuduhan tersebut dengan menyatakannya "karut".

“Kami telah menyatakan sebelum ini dan ingin kami tegaskan sekali lagi bahawa tidak pernah ada sebarang pertemuan antara pihak kami (Mousavi) dengan kedutaan asing" kata beliau.

Ratusan ribu rakyat Iran telah turun membanjiri jalan-jalan di Tehran menyambut kemenangan Presiden Ahmadinejad dengan majoriti dua pertiga, kemenangan yang disangkal oleh lawan beliau dengan tuduhan berlaku "penipuan".

Iran menyalahkan campurtangan Barat dalam tragedi protes pasca-pilihanraya, khususnya Britain, yang bertanggungjawab menyalakan api keganasan & keadaan huru-hara.

No comments: