12.4.09

MAJLIS DI KEMENSAH HEIGHTS






Tanggal 22 Mac 2009, hari Ahad, telah berlangsung majlis pertemuan & sesi taklimat bersama tetamu khas dari Iraq, iaitu Sohibus Samahah Ayatollah Syahrestani, wakil mutlak kepada Ayatollah ‘Uzma Sayyid Ali Al-Huseiny Al-Sistani. Majlis telah diadakan di Kemensah Heights, Ulu Kelang di rumah salah seorang ahli jamaah AhlulBait. Seramai 4 orang jamaah AhlulBait mewakili negeri Kedah telah turut serta mengikuti majlis tersebut.

Rombongan Ayatollah singgah di Malaysia bersama 8 orang ahli rombongan sebaik usai program di Indonesia. Turut hadir pada majlis tersebut ialah atase kebudayaan dari Kedutaan Iran.

Sesi taklimat bermula pada jam 11.45 pagi, dengan ucapan disampaikan oleh wakil Ayatollah Al-Sistani di Russia. Antara isi taklimat tersebut menyentuh tentang :-

 Keperluan agar umat Islam khasnya dari Ahlulbait & Ahlus Sunnah secara keseluruhannya agar mengikuti ajaran Rasul SAWA, berpegang teguh pada kata-katanya & mnjadikan Al-Quran sebagai panduan mutlak dalam kehidupan.

 Golongan kuffar yg senantiasa mencari peluang untuk memecahbelahkan umat Islam, sentiasa memperlekehkan hukum & ajaran Islam. Beliau memberikan contoh Perancis, yg melarang rakyatnya yg beragama Islam memakai jilbab/tudung kepala. Kononnya atas nama demokrasi, walhal demokrasi seharusnya membenarkan hak kepada individu untuk mempraktikkan ajaran agamanya tanpa sebarang tekanan mahupun paksaan.

 Penerimaan terhadap ajaran AB yg semakin memberansangkan, sambil memberikan contoh di Russia. Daripada puluhan juta umat Islam di sana, hampit 4 juta orang adalah pengikut AB. Sambutan Maulidur Rasul yg diadakan di sana cukup menggalakkkan, dengan penyertaan hampir 50 ribu umat Islam, termasuk dari Ahlussunnah.

 Akhir kata, beliau menggesa agar kita menggunakan semua medium – ceramah, majlis, akhbar, TV, radio, internet, & blog, untuk menyampaikan ajaran AB, pada masa yg sama mendekati golongan yang masih tidak memahami falsafah ajaran AB agar dapat menangkis dakyah & tohmahan daripada golongan anti-AB.

Majlis disudahi dengan solat Zohor & Asar berjemaah & sesi bergambar.


3 comments:

Anonymous said...

Puak syiah mana yg hampa angkut ni? Bahaya ni..... Kufurkan sahabat. Bencikan Abi bakr, umar, othman, dll. Boleh ka hina sahabat?

alkaziem said...

sahabat x maksum,hnya manusia biasa mcm ana & anta,..hnya rasulullah & ahlulbait shj yg maksum..pohon baca sejarah pngkhianatn segelintir sahabt,brlapang dadalah dlm mncari kebenaran....

Anonymous said...

mmg sahabat x maksum...tp mereka itu SAHABAT besar nabi...

Rasulullah bersabda " barangsiapa menyakiti sahabatku, maka mereka telah menyakiti aku"

siapa kata ahlul bait maksum?
yang maksum hanya para nabi dan rasul....
kalau anta ambil hadith dpd al kulaini...mmg la...pembid'ah hadith

kami tidak memusuhi ahlul bait...malahan kami mencintainya...

yg megerjakan perkara batil selama ini adalah syiah bawaan Abdullah ibn sabak...seorang munafiq bgsa yahudi...

antum semua yg menggelarkan para ahlul bait sbg para imam syiah...padahal mereka sama sekali tidak mnggelarkannya diri mrk spt itu..