26.8.09

ADA APA DENGAN FACEBOOK?

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga
Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York ?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah
menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa
Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008,iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah
Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara,
Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?

Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi
pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai
alumni AEPi yang masyhur namanya
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui
Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti
AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?

Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

10.8.09

MOUSAVI DITUDUH "DALANG" PIHAK BARAT


Seorang penggubal undang-undang tersohor telah menuduh pihak yg berkempen untuk calon presiden Iran yang kalah dalam pilihanraya baru-baru ini, Mir-Hossein Mousavi, sebagai dalang yang 'membuka pintu' kemasukan agen-agen asing ke Iran.

Ali-Asghar Zarei, seorang ahli parlimen senior & penasihat kepada presiden yang baru dilantik semula, Mahmoud Ahmadinejad, menyatakan bahawa kem Mousavi telah tanpa disedari menyokong penglibatan perisik asing sebelum & selepas pilihanraya 12 Jun yang lalu.

“Maklumat perisikan kita telah menyatakan kem Mousavi bukan sahaja telah meletakkan batu asas kepada satu rampasan kuasa, tetapi juga telah memberikan 'sokongan penuh' kepada agen-agen perisikan asing di Iran”ujar beliau.

Zarei menegaskan bahawa Mousavi & rakan-rakan beliau sedar akan kemunculan agen-agen asing dalam kem pilihanraya mereka. “Mereka sedar akan bahaya ini tetapi mereka langsung tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menghalang mereka ini"

Pada satu ketika, Zarei juga menuduh mantan Perdana Menteri Iran itu bekerjasama dengan media Barat untuk menimbulkan syak wasangka & ragu-ragu terhadap kesahihan sistem pembuangan undi pilihanraya lalu.

“Tanpa bantuan daripada media-media asing seperti BBC & VOA (Voice of America), Mousavi tidak akan dapat menyebarkan khabar-khabar angin tidak berasas tentang perjalanan pilihanraya"jelas beliau

Selanjutnya beliau turut menuduh Mousavi telah menyelaraskan usaha-usaha beliau dengan kedutaan asing di Tehran, khasnya Britain."Jika tidak kerana tawaran yang dihulurkan oleh Mousavi, tidak mungkin diplomat-diplomat British dapat campur tangan dalam urusan pemilihan baru-baru ini.”

Namun begitu, Qorban Behzadian-Nejad, Ketua Ibupejabat kempen Mousavi menafikan tuduhan-tuduhan tersebut dengan menyatakannya "karut".

“Kami telah menyatakan sebelum ini dan ingin kami tegaskan sekali lagi bahawa tidak pernah ada sebarang pertemuan antara pihak kami (Mousavi) dengan kedutaan asing" kata beliau.

Ratusan ribu rakyat Iran telah turun membanjiri jalan-jalan di Tehran menyambut kemenangan Presiden Ahmadinejad dengan majoriti dua pertiga, kemenangan yang disangkal oleh lawan beliau dengan tuduhan berlaku "penipuan".

Iran menyalahkan campurtangan Barat dalam tragedi protes pasca-pilihanraya, khususnya Britain, yang bertanggungjawab menyalakan api keganasan & keadaan huru-hara.

8.7.09

PERKEMBANGAN DI IRAN

Mantan presiden Mohammad Khatami beserta dua orang calon kerusi Presiden Iran yg tewas - Mir-Hossein Mousavi & Mehdi Karroubi menggesa pembebasan mereka yg ditahan ekoran demonstrasi pasca-pilihanraya baru-baru ini.

Mousavi & Karroubi, yang masih berpendirian menolak keputusan pilihanraya Presiden baru-baru ini,telah bertemu dengan Reformis veteran & bekas Presiden iaitu Sayyid Muhammad Khatami Isnin lepas untuk membincangkan perkembangan terbaru pasca-pilihanraya, sepertimana dilaporkan oleh Ghalamnews.

Sewaktu pertemuan tersebut, mereka sepakat menyatakan bahawa 'gelombang penahanan besar-besaran' harus dihentikan serta-merta, dan kesemua yang ditahan mesti dibebaskan tanpa sebarang syarat.

Ketiga-tiga orang figura pembangkang ini juga menyeru agar situasi 'keselamatan melampau' dihentikan dengan kadar segera, sambil memberi amaran bahawa penerusan dasar ini aklan membuka peluang kepada politikus-politikus ekstrim untuk mengembangkan pengaruh mereka.

Mousavi, Karroubi & Khatami juga telah melantik wakil-wakil mereka untuk menyegerakan hasrat pembebasan tahanan-tahanan politik tersebut.

Mousavi & Karroubi membantah kemenangan mahoriti 2/3 Mahmoud Ahmadinejad pada pilihanraya 12 Jun lalu dengan menegaskan bahawa berlaku penipuan & memohon untuk diadakan pemilihan semula.

Penyokong kuat Mousavi mengadakan demonstrasi jalanan sebagai langkah memprotes keputusan pilihanraya tersebut. Natijahnya, setakat ini rusuhan tersebut telah mengorbankan kira-kira 20 orang rakyat.

Dalam ketegangan tersebut, pasukan keselamatan Republik Islam Iran telah menahan ratusan perusuh. Menurut kenyataan dariapda Ketua Polis Iran Brigadier-Jeneral Esmail Ahmadi-Moqaddam, dua pertiga daripada mereka yg ditahan telah dibebaskan "dengan & tanpa jaminan"

Sebilangan tokoh-tokoh politik terkemuka termasuk Mohammad-Ali Abtahi, Behzad Nabavi & Saeed Hajjarian turut ditahan dalam kejadian pasca-pilihanraya tersebut.

8.5.09

RUNNA - KERETA BUATAN IRAN


Iran Khodro Company (IKCO) telah melancarkan kereta ketiga buatan sepenuhnya Republik Islam Iran, Runna,dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan selain daripada pegawai & pengurusan daripada industri automotif.

Kereta bersaiz kompak tersebut telah direkabentuk sepenuhnya oleh anak tempatan hasil kerjasama dengan sebuah syarikat gergasi permotoran. Dijangka kereta tersebut mampu dimiliki oleh rakyat, akan menembusi pasaran pada bulan Mac 2010.

Pembina kenderaan terbabit menyatakan bahawa 'Runna' memenuhi kehendak piawaian Euro IV & V yang bersangkutan dengan indeks pencemaran udara & kehendak piawaian Impak Keselamatan Pejalan Kaki.

Runna dilengkapi dengan enjin berkuasa 1.6-liter, beg udara SRS, anti-lock braking system (ABS) dengan EBA & EBD, stereng kuasa & tingkap kuasa.

Pengilang kenderaan kedua terbesar di Iran, SAIPA telah mempamerkan kenderaan awam kedua, 'Miniature', dalam satu upacara tanggal 18 April lepas yang turut dihadiri oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

diterjemah secara bebas dari http://www.presstv.ir/detail.aspx?id=91873...ionid=351020102

2.5.09

WILADAH SAYYIDAH ZAINAB A.S

Sayyidah Zainab as adalah putri dan anak ketiga dari pasangan manusia suci lagi agung Imam Ali as dan Sayyidah Fathimah az-Zahra' as. Ibunya Sayyidah Fathimah az-Zahra' as adalah putri tercinta Rasulullah SAWA dan wanita yang sangat mirip dengan Rasulullah SAWA dalam hal kesempurnaan, keutamaan dan akhlak. Sayyidah Fathimah az-Zahra' as memiliki segala kesempurnaan dan keutamaan yang tidak dimiliki oleh ketiga saudari lainnya Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kultsum. Ayahnya Sayyidah Zainab, Imam Ali as adalah wasiy Rasulullah SAWA ,orang yang pertama kali beriman kepada Rasulullah saww dan pahlawan dalam berbagai peperangan melawan orang-orang kafir. Datuknya,Muhammad SAWA adalah manusia tersuci dan tersempurna di seluruh alam semesta. Sedang neneknya adalah Sayyidah Khadijah, perempuan pertama yang beriman kepada Nabi Muhammad SAWA. Dalam pangkuan para manusia suci inilah Sayyidah Zainab as dididik dan dibesarkan. Beliau besar di bawah naungan pancaran wahyu Ilahi.

Berdasarkan pendapat termasyhur terdapat pendapat lain tentang hal ini beliau lahir pada tanggal 5 JamadilAwwal tahun 6 Hijrah di Madinah. Dalam sejarah disebutkan bahwa ketika berita kelahiran Sayyidah Zainab as sampai kepada Nabi Muhammad SAWA, beliau langsung menuju rumah Sayyidah Fathimah az-Zahro as. Sesampainya di rumah beliau berkata: “Wahai putriku, bawalah kemari cucuku”. Ketika bayi mungil tersebut berada di pangkuannya, beliau memeluk dan meletakkan pipi mulianya di pipi bayi tersebut. Kemudian beliau menangis dengan sangat keras hingga air matanya bercucuran. Menyaksikan hal itu kemudian Sayyidah Fathimah az-Zahro as bertanya: “Wahai ayahku, semoga Allah swt tidak membuat matamu menangis, kenapa engkau menangis?” “Wahai putriku, wahai Fathimah, ketahuilah. Bayi ini akan ditimpa berbagai musibah dan menghadapi berbagai cubaan. Wahai putriku, wahai belahan jiwaku dan cahaya mataku, ketahuilah. Barang siapa yang menangis untuknya karena segala musibah yang menimpanya maka ia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang menangis untuk kedua saudaranya,” jawab Rasulullah SAWA.Setelah itu kemudian Nabi Muhammad SAWA memberi nama bayi tersebut Zainab.

Sebagaimana ibunya, Sayyidah Fathimah az-Zahra', memiliki gelar Ummu Abiiha (ibu ayahnya) yang mengisyaratkan hubungan yang amat dekat antara seorang anak perempuan dengan ayahnya, Sayyidah Zainab as juga memiliki gelar Zain Abiiha (hiasan ayahnya). Untuk mempersingkat nama atau karena telah sering digunakan maka alifnya dibuang dan menjadi ‘Zainab’. Yang pasti, baik nama Sayyidah Zainab hanya terdiri dari satu suku kata ataupun dua suku kata, kedua-duanya mengisyaratkan arti dan makna yang sangat tinggi dan indah.