29.11.09

Bahaya Wahabi

(Harian Metro)

Oleh Roslan Ibrahim dan Mohd Fadly Samsudin
rencana@hmetro.com.my


GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.

GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.

Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah menuntut ilmu agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu.

Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat.


Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.

Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi.

Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru.

Mazhab Ahlu-Sunnah dalam syariat beragama sangat penting bukan saja kepada umat Islam sendiri, malah seluruh masyarakat.

Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.

Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).

Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada sumber perundangan Islam.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemantauan Akidah dan Pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ustaz Mahfuz Mohamad, fahaman Wahabi bertapak di negara ini sejak awal tahun 1900 apabila Sheikh Abdul Hadi membuka sekolah agama di Melaka.

"Bagaimanapun, sekolah itu tidak mendapat sambutan dan beliau berpindah ke Pulau Pinang. Melalui sekolah itu lahir tokoh fahaman Wahabi iaitu Sheikh Abu Bakar al-Ashaari.

"Selepas menamatkan pengajian di sekolah terbabit pada tahun 1925 beliau menyambung pengajiannya di Mesir dan pulang ke negara ini pada tahun 1932.

"Beliau menyebar fahaman Wahabi di Pulau Pinang, tetapi mendapat tentangan hebat ramai tokoh ulama ahlu Sunnah, antaranya Sheikh Abdullah Fahim.

"Beliau lari ke Kedah dan kemudian menetap di Perlis bagi menyebarkan fahaman Wahabi," katanya.

Mahfuz berkata, ketika itu ia dinamakan fahaman muda atau mudah kerana mereka selalu bermudah-mudahan.

Ini dicatatkan di dalam Kitab Senjata Syariat yang diterbitkan pada tahun 1953 khas bagi menjawab gerakan Wahabi oleh tiga tokoh ulama besar ketika itu: Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Tun Hussein Pokok Sena dan Sheikh Abdul Rahman Abdullah Merbok.

Abu Bakar as-Ashaari pernah menerbitkan buku bertajuk Ibadah Rasulullah s.a.w yang menimbulkan keraguan kerana 'menjelmakan' petua menghalalkan memakan biawak, ular, labi-labi dan penyu.

"Di dalam buku itu, Abu Bakar as-Ashaari mencaci amalan bermazhab yang dikatakan haram dan bidaah dalal.

"Ulama ketika itu sudah memberi amaran bahawa gerakan Wahabi sudah menyusup dalam masyarakat dan perlu membendung segera," katanya.

Hasil ketegasan ulama sebelum ini, fahaman Wahabi kian menyepi, tetapi kini muncul kembali berikutan banyak kelonggaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja atas 'tiket' menyebarkan Islam.

"Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis.

"Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.

Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru.

Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.

Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan.

Imam al-Syafie berkata: "Setiap yang mempunyai sandarannya dari sudut syarak, bukannya bid'ah sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf. Mereka meninggalkan perkara itu mungkin kerana keuzuran."

Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf.

Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak.

Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.

Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya."

Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid adalah disyariatkan.

Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang) daripada unta yang diikat." (Muslim. Kitab Salah al-Musafirin (231/791).

Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.



INFO



Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:

  • Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah

  • Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)

  • Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias

  • Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)

  • Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w

  • Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik

  • Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya

  • Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain

  • Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya

  • Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh

  • Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah

  • Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w

  • Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja

  • Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang

  • Amalan tariqah dilarang sama sekali

  • Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras

  • Tazkirah Remaja: Jangan taksub, guna pendekatan khilaf

    (Harian Metro)

    Bersama Mohd Zawawi Yusoh

    RAMBUT sama hitam, tetapi hati berlainan. Itulah bidalan peninggalan orang lama. Memang kita tidak dapat mengelak berbeza pendapat.

    Orang pandai berbeza pendapat jika isu yang dibangkitkan bersifat zhonni atau menerima perbezaan takwilan serta pandangan dalam keadaan yang baik. Mereka tidak pernah menjadikan perbezaan itu asas permusuhan.

    Allah SWT berkuasa menjadikan manusia bersepakat di atas satu agama dan sependapat, tetapi Allah sengaja tidak berbuat demikian. Memang menjadi fitrah manusia untuk saling berbeza pendapat, tetapi mereka perlu berlapang dada.

    Ada berpendapat perbezaan dalam kalangan ulama tidak sepatutnya berlaku kerana nas al-Quran dan Sunnah sudah ada. Justeru, mengapa masih bertelingkah?

    Pemikiran sebegini timbul kerana mereka kurang faham mengenai sebab khilaf di kalangan ulama.

    Sifat ta'ssub (fanatik) dan berkelompok dengan satu pandangan perlu dihindari.

    Ia boleh dielakkan jika ditangani dengan adab berkhilaf, antaranya:

    1- Tidak memaksa orang lain mengikut pendapatnya semata-mata selagi perselisihan itu di tahap 'al-mukhtalaffih'.

    Tiada imam yang mengaku pendapatnya ialah wahyu. Malah, tiada sesiapa mendakwa orang yang tidak berpegang dengan pendapatnya melakukan maksiat.

    Sesungguhnya mereka hanya berijtihad mencari kebenaran dan ijtihad mereka terbina di atas dalil yang bersifat zhonni. Adapun yang qot'ie (jelas), tiada khilaf sesama mereka.

    Disebut dalam Tarjamah Imam Malik rahimahullah, bahawa Abu Jaafar Al-Mansur pernah bercadang menjadikan kitab Muwatto' karangan Imam Malik rahimahullah sebagai rujukan lalu mengabaikan ijtihad dan pendapat lain.

    Maka, Imam Malik menolak cadangan itu.

    2- Tidak mengingkari pihak yang berlainan pendapat dengannya: Tidak melemparkan tuduhan bidaah atau sesat kepada orang yang tidak sependapat dengannya.


    Imam Al-Ghazali menyamakan masalah khilaf di kalangan ulama dengan masalah dua orang musafir yang berijtihad dalam masalah arah kiblat dan ijtihad mereka berbeza.

    Maka, kedua-duanya berhak solat ke arah kiblat yang disangka berdasarkan zhon mereka dan hendaklah menyekat diri daripada mengingkari temannya.

    Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie pernah solat di belakang imam mazhab Maliki di Madinah padahal golongan itu tidak membaca bismillah (dalam al-Fatihah) secara perlahan atau kuat.

    Namun, hari ini kita sentiasa mendengar kalimah seperti bidaah, sesat, Wahabi dan yang sewaktu dengannya.

    3- Tidak sombong untuk kembali kepada kebenaran apabila yakin dirinya tersilap.

    Imam Ahmad pernah menarik balik tuduhan bidaahnya kepada perbuatan seorang lelaki buta yang membaca al-Quran di sisi kubur selepas Muhammad bin Qudamah menyebut ada hadis menyokong perbuatan lelaki itu membaca awal dan akhir surah al-Baqarah.

    Apabila dikebumikan jenazah, Muhammad bin Qudamah menyebut, "Aku mendengar Ibnu Umar mewasiatkan dengan perkara itu." Ulama menyebut, "Sesungguhnya untuk menjadi ekor dalam kebenaran lebih aku sukai daripada menjadi kepala dalam kebatilan."

    Imam Syafie berkata, "Aku tidak pernah berdebat dengan seseorang melainkan aku lebih suka dia diberi taufik, diluruskan, dibantu dan dikurniakan pemeliharaan serta penjagaan daripada Allah SWT. Aku tidak pernah berdebat melainkan aku tidak peduli sama ada Allah menzahirkan kebenaran itu melalui lidahku mahupun lidahnya."

    4- Menjauhi masalah yang menyebabkan fitnah, pergaduhan dan huru-hara. Pada hari ini kita lihat ramai yang gemar membicarakan perkara yang mencetuskan kontroversi dalam masyarakat setempat.

    Sangkaan mereka masyarakat sekitar termasuk tok guru tersilap. Kononnya mereka yang mengetahui hadis dan al-Quran. Kesan daripada adab ini dapat kita lihat melalui kehidupan imam mazhab empat seperti:

    1) Saling memuji antara satu sama lain. Imam Syafie memuji Imam Abu Hanifah, "Manusia fakir (berhajat) kepada Abu Hanifah dalam fiqh." Imam Syafie memuji gurunya, Imam Malik, "Apabila disebut ulama, Malik ialah bintang yang bergemerlapan." Imam Ahmad bin Hanbal pernah ditanya adakah Imam Syafie seorang pakar hadis lalu beliau menjawab, "Demi Allah, beliau seorang pakar hadis." Diulang-ulangnya sebanyak tiga kali.

    Imam Syafie berkata, "Aku keluar dari Baghdad dan aku tidak meninggalkan di sana seorang yang lebih warak, lebih bertakwa, lebih faqih dan lebih alim daripada Ahmad bin Hanbal."

    2) Saling menghormati antara satu sama lain. Penghormatan yang diberikan sesama mereka adalah dalil lain yang menunjukkan kasih sayang dan kekaguman yang terbuku di dalam hati sanubari mereka.

    Imam Syafie membelek helaian kertas dengan lembut di hadapan Imam Malik kerana kagum dengan kehebatan beliau. Tujuannya supaya Imam Malik tidak mendengarnya. Imam Syafie tidak baca qunut ketika solat Subuh berdekatan kubur Imam Abu Hanifah kerana beradab dengannya.

    Ini dalil yang menunjukkan mereka tidak hanya menghormati orang yang masih hidup malah apabila meninggal dunia.

    3) Saling mendoakan antara satu sama lain dalam keadaan tidak diketahui tuannya. Imam Ahmad berkata, "Aku tidak pernah solat sejak 40 tahun yang lalu melainkan aku akan mendoakan untuk Imam Syafie rahimahullah."

    Kita hendaknya selalu memohon kepada Allah untuk diberi petunjuk kepada kebenaran serta perkara yang menjadi perselisihan.

    Kita lemah dalam segala hal kerana hawa nafsu sering mendahului yang menyebabkan jalan kebenaran tertutup.

    Kita perlu menghormati pendahulu yang mendahului kita dalam iman dan amal selain tidak melupakan untuk mendoakan kebaikan serta kesejahteraan untuk mereka.

    Bahaya taklid dalam tauhid

    ARKIB : 25/11/2009

    (UTUSAN MALAYSIA)


    umat islam hanya mentauhidkan Allah yang esa dan tidak menyembah makhluk lain.


    APABILA ditanya dari mana nas al-Quran dan sunnah yang menyebut pembahagian yang jelas bagi tauhid tiga serangkai iaitu tauhid uluhiah, tauhid rububiah dan tauhid asma' wa sifat, pendokongnya yang mengaku berpegang dengan al-Quran dan sunnah pun, teragak-agak mendatangkan hujah.

    Lantas mendatangkan hujah-hujah berbentuk taklid iaitu WAMY, ulama-ulama lain dan silibus-silibus beberapa buah universiti yang menyokong. Itu sebenarnya taklid.

    Kadang-kadang didatangkan nukilan al-Baghdadi dalam al-Farq Baina al-Firaq berkaitan dengan tafsiran perkataan 'ahlussunnah' sebab mahu bergantung dengan ulama silam Ahlussunnah, namun ditiadakan syarahan bahawa Imam al-Baghdadi sebenarnya mensyarahkan tauhid Sifat di dalam kitab tersebut apabila beliau mensyarahkan firqah najiah (firqah yang selamat). Bahkan perkataan 'tauhid-tauhid sifat' dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal itulah antara sifat-sifat 20.

    Lihat bagaimana Imam al-Baghdadi mensyarahkan pandangan Ahlussunnah dalam mentauhidkan sifat Allah SWT: "Mereka ijmak bahawa tempat tidak meliputiNya (Allah SWT tidak bertempat) dan masa tidak mengikatnya, berbeza dengan firqah al-Hasyamiah dan al-Karamiah, yang mengatakan Allah memegang arasynya". (Lihat Al-Baghdadi, al-Farq Baina al-Firaq, hal.256).

    Dalam isu tauhid, amat merbahaya kita bertaklid. Sepatutnya didatangkan nas-nas yang jelas berkaitan pembahagian tiga serangkai tersebut bersesuaian sekiranya kita bersarjanakan al-Quran dan sunnah.

    Kalau berdoa selepas solat secara berjemaah yang tidak ditunjuk oleh hadis secara jelas pun dituduh bidaah dan sesat oleh sesetengah orang (walau berdoa disuruh dalam al-Quran dan sunnah), apatah lagi isu pokok dan besar seperti tauhid.

    Apabila ditanya, mana dalil al-Quran dan sunnah apabila anda mengatakan penyembah berhala bertauhid dengan tauhid rububiah (tanpa tauhid uluhiyah)? Lantas akan dinyatakan kata-kata si polan dan polan mengatakan perkara ini dan di sokong pula dengan ulama-ulama ini dan ini.

    Persoalan saya: Kenapa tidak ada sepatah pun ayat al-Quran dan hadis atau kata-kata ulama-ulama Salafussoleh (tiga kurun pertama) mengenai perkara ini?

    Memang benar ada ayat yang bermaksud: Dan jika engkau bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: Allah; jadi bagaimana mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah SWT). (al-Zukhruf: 87).

    Dalil ini digunakan untuk menunjuk- kan orang-orang Musyrik (penyembah berhala) beriman dengan iman rububiah. (Mohd. Naim Yasin, hal.11).

    Namun kenapa tidak dicantumkan dengan ayat selepasnya? Dan (Allah mengetahui) ucapannya (Muhammad): Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang tidak beriman. (al-Zukhruf: 88).

    Tidak pula al-Quran mahupun sunnah menyebut orang-orang Musyrik beriman dengan tauhid rububiah sahaja! Ini persoalan akidah, sepatutnya ada nasnya secara jelas.

    Sebaliknya al-Quran mengatakan dengan jelas bahawa mereka bukan orang yang beriman. Bagaimana kita boleh mengubahnya mengatakan mereka beriman dengan tauhid rububiah? Mana dalilnya sebab ini persoalan akidah?

    Ini adalah taklid. Kenapa kita membenarkan taklid dalam soalan akidah sebegini? Kita amat tidak adil apabila membenarkan taklid pada persoalan akidah sebegini.

    Lantas kemungkinan saya pula ditanya: Apa dalil kamu dari al-Quran dan sunnah yang menyebabkan kamu mengkhususkan Sifat 20 untuk Allah SWT?

    Maka saya berkata: "Bahawasanya Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, dan maha suci dari segala kekurangan. Sesungguhnya ketuhanannya melazimkan kesempurnaan mutlak secara khusus untuk ZatNya.

    "Kemudian, kami memilih sifat-sifat terpenting daripada sifat-sifatNya yang maha sempurna dan kami menjelaskannya secara terperinci perkara-perkara dan keyakinan-keyakinan yang berkaitan dengannya (Lihat al-Buti, 1992, Kubra al-Yaqiniyat al-Kauniyyah, h108).

    Adalah satu fitnah sekiranya kami dikatakan menghadkan sifat Allah SWT kepada 20 sahaja!

    Saya mungkin ditanya lagi: Mana dalilnya dari al-Quran dan sunnah? Saya akan mengatakan bahawa semua sifat dua puluh itu ada dalilnya di dalam al-Quran dan sunnah. Kalau mahu diperincikan, boleh dilihat dalam semua buku yang mensyarahkan Sifat 20.

    Saya ditanya lagi: Bukankan Sifat 20 itu susunan Muktazilah? Saya berkata: Sekiranya saudara membaca sejarah Islam silam, saudara akan memahami bahawa pada zaman Khalifah Abbasiah iaitu Ma'mun bin Harun ar Rasyid (198H-218H), al-M'tashim (218H-227H) dan al-Watsiq (227H-232H) adalah khalifah-khalifah penganut fahaman Muktazilah atau sekurang-kurangnya penyokong-penyokong yang utama dari golongan Muktazilah.

    Dalam sejarah Islam, dinyatakan terjadinya apa yang dinamakan 'fitnah al-Quran itu makhluk' yang mengorbankan beribu-ribu ulama yang tidak sefaham dengan kaum Muktazilah.

    Pada masa itu, Imam Abu Hassan al-Asy'ari muda remaja, dan belajar kepada seorang Sheikh Muktazilah, iaitu Muhammad Abdul Wahab al-Jabai (wafat 303H).

    Imam Abu Hassan al-Asy'ari (wafat 324H) melihat terdapat kesalahan besar kaum Muktazilah yang bertentangan dengan iktiqad (keyakinan) Nabi SAW dan sahabat-sahabat baginda, dan banyak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah. Lantas beliau tampil meninggalkan fahaman Muktazilah dan menongkah hujah-hujah kaum Muktazilah.

    kefahaman masyarakat

    Bermula dari itulah, Imam Abu Hassan al-Asy'ari melawan kaum Muktazilah dengan lidah dan tulisannya. Justeru, susunan tauhidnya bermula setelah dia berjuang menentang Muktazilah dan mengembalikan kefahaman masyarakat kepada al-Quran dan sunnah.

    Di atas jalannya, ulama silam menelusuri, antaranya ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal (wafat 365H), Imam Abu Ishaq al-Asfaraini (wafat 411H)., Imam al-Hafiz al-Baihaqi (wafat 458), Imam Haramain al-Juwaini (wafat 460H), Imam al-Qasim al-Qusyairi (wafat 465H), Imam al-Baqilani (wafat 403H), Imam al-Ghazali (wafat 505H), Imam Fakhrurazi (wafat 606H) dan Imam Izzuddin bin Abd Salam (wafat 660H). (Lihat Kiyai Sirajuddin Abbas (2008). Aqidah ahlussunnah wal Jamaah, h21-23).

    Tidak pernah wujud pertelingkahan antara penghuraian Imam Abu Hassan al-Asy'ari dan Imam al-Maturidi dengan pengikut-pengikut mazhab fiqh yang empat.

    Kemudian saya mungkin diperlekeh kerana pengajian sifat 20 ini bentuknya kaku, lantas contoh sindirannya ialah: "Wujud maksud ada, lawannya tiada.... akhirnya semuanya tiada".

    Saya katakan sememangnya cara perbahasan Sifat 20 kena diperbaharui dan diringkaskan.

    Dalil-dalil al-Quran berkaitan sifat tersebut perlu lebih dipertekankan berbanding dengan dalil-dalil akal yang rumit-rumit yang mungkin zaman kita tidak memerlukannya.

    Pada saya, mungkin penulisan seorang ulama Indonesia Kiai Sirajuddin Abbas bertajuk: Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah, boleh digunakan untuk memudahkan kefahaman pembaca. Buku ini masih banyak dijual di toko-toko buku di Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

    Saya kemudian ditanya berkaitan dengan sahabat-sahabat saya yang mungkin belajar dan mengajar tauhid tiga serangkai ini?

    Saya katakan pengalaman saya mendengar pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat saya yang mengajar tauhid pecah tiga ini, ada di kalangan mereka tidak ekstrem, tidak sampai mengkafirkan/mensyirikkan golongan yang tidak sependapat.

    Contohnya bila memperkatakan tawassul dan menziarahi kubur, ada di kalangan mereka menerimanya tanpa mengkafirkannya atau menyesatkannya.

    Demikian juga persoalan penafsiran ayat-ayat sifat, ada yang tidak menerima/ tidak taklid bulat-bulat kenyataan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, dan lebih kepada menyerahkan kepada Allah SWT. Mereka lebih suka merujuk terus ke Ibn Taymiyyah berbanding Sheikh Abd Wahhab.

    Di kalangan mereka (mengikut cerita adik saya ketika dia belajar di Universiti Yarmuk, Jordan), pensyarah Aqidahnya mengatakan: Kamu orang-orang Malaysia, ramai mengikut Ahlu sunnah aliran Asyairah.

    Namun, tauhid yang diajarkan ini mengikut susunan Ibn Taymiyah kerana menjadi silibus Universiti ini (pada masa itu). Terserah kepada kamu mengikut keyakinan Asyairah itu (tanpa beliau menyesatkannya).

    Mereka menyedari ramai ulama silam (sama ada muhadithin, fuqaha' atau mufassirin) dari kurun ke tiga Hijrah berpegang kepada huraian Imam Abu Hassan al-Asy'ari (wafat 324H) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (wafat 333H).

    Walaupun begitu, ada yang amat ekstrem dalam pegangannya sehinggakan menyesatkan imam-imam terdahulu yang berada dalam lingkungan ratusan tahun.

    Semoga pembaca membuat pertimbangan dan terbuka berkaitan isu ini. Pada saya berpegang pada tauhid susunan dan huraian orang yang dekat dengan Rasulullah SAW (al-'ali) lebih selamat dari berpegang kepada tauhid orang terkemudian dan sekarang yang kelihatan cacar marba metodenya dan bertaklid dengan orang-orang baru (al-nazil).

    Semoga Allah SWT menyelamatkan kita dari kesesatan dan menganugerahkan kita jalan yang lurus.

    15.10.09

    MAJORITI DOKTOR MENOLAK VAKSIN H1N1

    Di United Kingdom, sebelum vaksin H1N1 diberikan kepada orang awam,setiap doktor dimestikan menerima suntikan vaksin itu terlebih dahulu. Kemungkinan amalan ini juga dilakukan di beberapa negara Asia termasuk Malaysia.

    Agak mengejutkan pihak kerajaan apabila 50 peratus doktor-doktor seluruh UK enggan disuntik kerana bimbang akan kesan sampingan daripada vaksin tersebut yang sudah pun diketahui seluruh dunia.

    Menurut editor majalah PULSE, Richard Hoey,keengganan doktor-doktor dan para pekerja kesihatan menerima suntikan adalah berpunca dari tanggapan kerajaan telah bertindak di luar batas hak individu seseorang dengan cara memaksa menerima suntikan.

    Kenyataan dari Health Protection Agency yang mengatakan vaksin H1N1 boleh menyebabkan barah dan Sindrom GBS masih lagi diterima dengan yakin oleh kebanyakan doktor serta pekerja kesihatan. Ini berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh majalahPULSE dan majalah GP di UK.

    Keengganan kebanyakan doktor-doktor di UK menerima suntikan telah menimbulkan kemarahan Prof. Dr. David Salisburry iaitu Pengarah Jabatan Imunisasi di Kementerian Kesihatan UK. Beliaumenegaskan setiap pekerja kesihatan sama ada doktor atau kakitangan hendaklah melaksanakan dasar yang telah ditetapkan kerajaan.

    Penentangan pemberian vaksin di Australia

    Di Australia, presiden Australasian Society for Infectious Diseases (ASID) iaitu Prof. Tom Gottlieb telah menghantar surat bantahan program pemvaksinan kepada kementerian kesihatan Australia. Di dalam surat tersebut Prof.Tom Gottlieb menyatakan mereka bimbang akan berlakunya jangkitan penyakit akibat pencemaran darah melalui suntikan.

    Penentangan pemberian vaksin di Kanada

    Di Kanada, Canwest News Service melaporkan majoriti doktor- doktor dan pekerja-pekerja kesihatan tidak mahu disuntik vaksin H1N1. Keengganan doktor-doktor ini amat merungsingkan pihak kerajaan Kanada sehingga mendesak Persatuan Perubatan Kanada mengeluarkan arahan memaksa ribuan doktor dan pekerja kesihatan mengambil vaksin H1N1.

    Secara logiknya, kita sendiri sudah mendapat jawapannya mengapa ribuan doktor dan pekerja kesihatan di Kanada enggan mengambil vaksin tersebut. Jika mereka yakin vaksin H1N1 tidak merbahaya mengapa pula mereka sendiri enggan mengambilnya.

    Vaksin H1N1 juga penyebab kanser

    Pakar paru-paru dari Jerman, Dr. Wolfgang Wordarg mendakwa vaksin H1N1 yang bakal disuntik kepada masyarakat juga dikhuatiri boleh meningkatkan kadar penyakit barah paru-paru. Dakwaan itu berasaskan penyelidikan yang dibuat ke atas vaksin keluaran farmasi Novartis.

    Menurutnya lagi, peningkatan kadar penyakit barah dalam badan kemungkinan berpunca dari sel-sel binatang yang dimasukkan di dalam vaksin oleh pihak pengilang. Dr. Wolfgang Wordrag menyimpulkan bahawa;
    "People's fear of the pandemic as an "orchestration" : "It is great business for the pharmaceutical industry"
    Kenyataan Dr. Wolfgang di dalam akhbar Jerman, Neuen Presse juga disokong oleh presiden Paul Ehrlich Institute iaitu Dr. Johannes Lower.Beliau mengatakan kesan sampingan yang bakal dihasilkan oleh vaksinH1N1 dijangka lebih berbahaya daripada virus H1N1 itu sendiri.

    Usaha Kapitalis Memujuk Doktor-Doktor di UK

    Propaganda kapitalis Yahudi semakin jelas dalam isu Selsema Babi sejak kebelakangan ini. Pada 30 Julai 2009, Daily Mail mendedahkan kerajaan Britain akan membayar £7.51 (RM51) bagi setiap suntikan yang dibuat ke atas orang ramai. Bagi mendapat bonus tersebut, para doktor hendaklah terlebih dahulu menandatangani suatu perjanjian dengan kementerian kesihatan UK.

    Berdasarkan peruntukan kerajaan, kemungkinan seorang doktor akan diperuntukkan 1800 orang pesakit bagi sesuatu kawasan. Agihan ini menunjukkan setiap doktor yang terlibat dalam perjanjian ini akan memperoleh sekurang-kurangnya £27,000 pound (RM183,600) dalam sesuatu masa.

    Nilai yang diperoleh oleh doktor menunjukkan keuntungan dari H1N1 melebihi jumlah gaji tahunan doktor-doktor di UK ,000 setahun. Daily Mail juga mendedahkan kerajaan UK telah punmenyediakan belanjawan khusus sebanyak £600 juta hanya untuk imbuhan memujuk doktor-doktor di UK menyokong program pemvaksinan ini.

    Boleh dikatakan sekarang doktor-doktor di UK tersepit sama ada untuk memilih hak-hak kemanusian atau bonus sekali seumur hidup. Bonus daripada Vaksin H1N1 yang dijanjikan pada Julai 2009 ini memperlihatkan kerajaan UK sudah menghidu akan bantahan yang bakal dibuat oleh Health Protection Agency dan Persatuan Ahli Neurologi di Britain pada 26 Ogos 2009.

    Laporan akhbar di Malaysia tidak profesional

    Tidak pasti apa yang ada di dalam kepala para editor bagiakhbar-akhbar tempatan di Malaysia. Tiada langsung isu-isu H1N1dibincangkan secara kritis dalam usaha mewujudkan momentum kesedaran dikalangan masyarakat. Isu artis dan selebriti sampah masih lagi mendominasi berita di dada-dada akhbar.

    Selsema Babi yang ditakuti babi sendiri ini pun masih dianggap enteng dan setaraf dengan berita-berita tabloid. Seperti yang kami artikelkan dahulu, kerajaan Malaysia masih lagi seronok membilang angka- angka kematian dikalangan masyarakat. Program-program yangmelibatkan orang ramai masih lagi dianjur oleh pihak kerajaan.

    Persatuan Doktor-Doktor Perubatan Malaysia pula masih diam dan tiadasatu laporan analisis berkaitan vaksin yang dikeluarkan. Apa yangdiperoleh dari persatuan ini hanyalah laporan-laporan tentangmajlis- majlis makan malam yang dianjurkan di hotel. Semuanya kelihatantaksub dengan berita-berita propaganda dari WHO a.k.a World HealthOrder.

    Persatuan Pengguna pula tidak mengeluarkan isu-isu yang dibangkitkan oleh persatuan-persatuan pengguna di US dan UK. Sebelum ini Persatuan Pengguna Malaysia amat gagah menyelongkar kandungan-kandungan geletin haram di dalam produk-produk makanan. Banyak laporan-laporan penyelidik dari makmal di US dicanang di Malaysia tetapi apabila pengguna-pengguna di US membantah penggunaan vaksin tidak pula maklumat itu dihebahkan.

    Program Pemvaksinan adalah salah satu perang akhir zaman

    Tanggapan terbaik yang boleh dibuat untuk isu H1N1 ialah ia merupakan satu bentuk perang moden yang sudah keluar dari definasi perang konservatif. Umumnya kita dididik dengan takrifan bahawa perang mestilah berpakaian seragam hijau, bersenjata dan berkawad tetapi situasi H1N1 ini sedikit sebanyak membuktikan takrifan perang terlalu luas dan tidak hanya bergantung kepada sejumlah perkataan yang terhimpun di dalam kamus Oxford sahaja.

    Ternyatalah bahawa kamus yang diiktiraf oleh badan-badan akademik antarabangsa itu sebenarnya telah berjaya menyekat ruang pemikiran manusia berdekad-dekad daripada berfikir secara 'out of box'. Maka untuk memecahkan halangan yang dibina oleh kamus itu pula memerlukan situasi besar berskala global misalnya isu H1N1 ini.

    Berperang di luar takrifan perang lebih menyukarkan ramai pihak khususnya pihak Islam sendiri kerana perang cara ini lebih mengutamakan ketajaman pemikiran dan strategi yang tinggi. Maka di sini haruslah kita berhati-hati dengan cuba mengikuti perkembangan semasa satu persatu tanpa hanya bermalas-malasan dengan doa tetapi langsung tiada usaha membaca.

    Mangsa sebenar perang vaksin ini adalah masyarakat yang tidak mahu mengikut arus pembangunan isu dunia serta tidak mahu mengambil berat terhadap sesuatu masalah yang timbul.

    Program pemvaksinan yang telah berlaku berbelas-belas kali diseluruh dunia ini kami teorikan ia sebagai satu perang dunia ketiga yang mana semua manusia menjadi mangsa peluru virus. Undang-undang yang terpahat di WHO adalah umpama tempat membuat keputusan ketenteraan Illuminati manakala pengilang-pengilang farmasi dunia umpama kilang- kilang peluru halimunan yang sedikit demi sedikit mencengkam nyawa manusia.
    Agen-agen Illuminati sedar, berperang secara nyata dengan umat Islam hanya akan membangkitkan semangat jihad dan perpaduan seluruh dunia.Perpaduan yang jitu ini sudah pasti akan mendesak campur tangan daripara wali yang tidak diketahui lokasinya dalam menghadiahkan doa-doa kehancuran untuk kelompok Yahudi Zionis.

    Kami lebih mengesyaki program pemvaksinan yang dilihat mulia dari luar ini kepada salah satu program peperangan kerana mengikut sejarah perubatan, Bapa Pemvaksinan dunia iaitu Dr. Edward Jenner adalah seorang ahli Freemason. Pada 1812, Jenner telah dianugerahkan Worshipful Master di Lodge of Faith and Friendship Berkeley, Gloucestershire, Britain.

    26.8.09

    ADA APA DENGAN FACEBOOK?

    Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

    Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga
    Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York ?

    Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah
    menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

    Tahukah anda bahawa
    Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008,iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

    Tahukah anda bahawa majalah
    Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.

    Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara,
    Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?

    Sedikit Info tentang AEPi:
    1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
    2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.
    3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi
    pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
    4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai
    alumni AEPi yang masyhur namanya
    5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui
    Ikatan Inisiatif Israel
    6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti
    AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .

    Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?

    Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?